Friday, June 19, 2009

Pelajar 1 Cendana bermain boling

Hari Jumaat 19 Jun 2009 menjadi sejarah kepada pelajar 1 Cendana kerana bermain boling dengan kawan- kawan sekelas. Walaupun ada yang tidak hadir tetapi itu tidak menjadi masalah. Yang penting mereka happy bermain boling.. so lihatlah gambar mereka semasa bermain boling.




Gelagat pelajar sedang memilih bola baling. Tinesh, Koh, dan Terence begitu asyik memilih bola boling. Go 1 Cendana... go.....you can do it.





Koh cuba menerangkan kepada rakan tentang bagaimana nak baling bola supaya jadi "STRIKE". Bravo 1 Cendana kerana ada semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi.... Cayalah.

Gambar pelajar 1 Cedana setelah selesai main boling... letih dan sakit tangan tau.... tapi x pe janji enjoy..kan..kan.....



Yang badan besar ni ialah Huan. Orang yang bijak... tapi asyik masuk longkang je bola tu.... tak pe janji seronok walaupun first time main boling... ada talent la....


Gaya seorang pemain pro, ye ke? Ini adalah Jason, hobi main boling... so tak heran la dia pandai main boling... STRIKE....STRIKE.....STRIKE....yang hensem kat sebelah tu ialah Sean, budak nakal 1 Cendana.





Koh yang berposing dengan macho semasa nak main boling. Yang t-shirt putih ialah Terence. Yang penting ada gaya.... betul x???????




Aaaaa ni lah pemain yang berpengalaman. Qaiyum namanya. Pemain sekolah tau... kecil-kecil cili padi.... Cikgu Wan pun kalah lawan boling dengan dia...






Tempat berlangsung permainan boling. Summit Batu Pahat... Ada classs tempat ni... murah pulak tu. 4 games RM10 je...







Lontaran maut oleh Wazif, first time main tapi boleh challenge pelajar yang selalu main boling. Ada bakat yang boleh diketengahkan... Go Wazif....Go Wazif....







Senyuman yang menawan oleh Marcus. Boleh tahan jugak main boling... untuk happy happy tak pe... janji enjoy... betul tak pelajar- pelajar semua.
So semua pelajar enjoy walaupun sakit tangan dan jari... lain kali boleh main lagi.. thank you semua kerana enjoy...

p/s. Gambar Cikgu Wan tak de ke??????







Wednesday, June 17, 2009

Wajah-wajah ceria pelajar HSBP

Masa cuti sekolah seronok sungguh pelajar HSBP mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Lihat la wajah- wajah ceria mereka semasa dalam program cuti sekolah.. Lihat la dunia wajah- wajah mereka. So terima kasih kepada mereka yang sudi menganjurkan program yang berfaedah masa cuti sekolah.


Wajah pelajar yang keletihan selepas mengayuh basikal dari SERI MEDAN ke HSBP. Habis sebotol air minuman... letih beb... janji happy


Ni pulak gelagat Umar Bajrai yang berjaya menghabiskan kayuhan berbasikal. Hemm tersenyum lebar dia.....Aku berjaya..... aku berjaya....

Walaupun letih tetap maintain cik abang kita sorang ni...Ala kita dah biasa kayuh basikal ni. Alah bisa tegal biasa..... Hidup HIGH SCHOOL.



Jejaka2 hensem dan kacak ni peserta rombongan ke Cameron Highlands, sejuk beb... menggigil..... lebih2 lagi mandi kat kawasan orang asli pada awal pagi... Hai Copel tersenyum jee...(cuba teka yang mana satu Copel). Yang Chinese kat belakang tu namanya ialah KOH...ok la dia..



Yang ni kat MARDI Cameron Highlands. Yang ni pelajar contoh masa rombongan. Baik betul budak ni... hormat orang tua... ye ke? Cantik kan? Bunga la, bukan jejaka tu...




Aaa.. yang ni masa kat BHARAT Tea Cameron Highlands. Sempat lagi berposing dua jejaka hensem ni.....Waktu awal pagi dalam kul 9 lebih...sejuk...sejuk.... Habis berkotak2 tea diborong oleh diaorang ni....


So next time, saya postkan lagi wajah2 HSBP...

Saturday, June 6, 2009

Balik Kampung: KG LAUT 2

Emmmm, dah lama aku x balik kg. Sejak tinggal kat KL dan Batu Pahat aku jarang balik kg. Kampung aku tu di KELANTAN nun. Nama kg tu ialah KG LAUT 2. Nama je Kg Laut tapi x de laut cuma sungai je ada.
Kg aku tu tempat pelancongan coz ada tempat buat wayang kulit, tmpt proses dodol, serunding, rumah belanda dan macam2 lg. Dulu2 selalu juga aku tgk mat and minah salih lawat kg aku. Nk datang kg aku boleh naik motorbot sambil menyusuri sungai Kelantan sambil menghirup udara segar atau dengan kereta merentasi Jambatan Sultan Yahya Petra.
Aku balik kg dengan kereta buruk aku....KELISA. Ingat nk tukar VIOS tapi belum ada rezeki lg. Ayah aku peniaga makanan... Ala kedai kopi je...bukan Starbuck tau.. Selalunya kedai ayah aku tu untuk tmpt lepak2 sambil minum utk warga kg.. selalunya warga tua bercerita pasal politik, gusti dan mcm2 lg. Aku teringin nak mandi sungai kat tepi rumah aku tp mak aku x kasi kerna air sungai x sesuai pada masa tu. Melepas aku....




ni gambar anak2 sedara aku yang cantik mcm puteri. Cuba teka mana satu anak aku?????????




Yang macho ni gambar adik aku yang bongsu. Aku x la macho tp kacak je...... He he he....


Ni pemandangan dari tepi sungai kt kg aku. Yng sayup2 kelihatan tu ialah bandar Kota Bharu.


Ni le gambar kereta buruk aku tu....... KELISA>>>>>>








Friday, June 5, 2009

apa nak dibuat masa cuti sekolah





hemmm,,,,, senorot cuti sekolah kan . Lebih2 lagi untuk murid2 dan guru2. Boleh le lepaskan tension... Mcm aku ni byk keje nk buat, maklumla bakal guru yang akan merwarnai dunia perguruan tak lama lagi.
Baru2 ni aku joint bebudak sek tinggi batu pahat berbasikal ke seri medan sambil melakukan aktiviti kayak. Jadi guru penginring kononya, adala dalam 30 orang student yg joint. Pastu bebudak HS joint org kampung bersihkan kwasan kampung. Kalau tak silap nama kg tu ialah KG PARIT WARIDGO. First time dalam hidup aku melakukan kerja mencantas pelepah kelapa sawit. Best btul masa buat keje tu. Masa buat keje sempat lg beli ABC untuk minum tgh jalan.
masa makan tengahari dgn bebudak kt rumah penghulu pun best. Pergh... nasi lauk kari daging dengan ikan goreng tambah tempe.. meletup rasanya. Pelajar bangsa cina pun teruja masa makn tu... Nak lagi lain kali.
Masa berkayak banyak la gelagat bebudak tu, ada yg first time main kayak. Aku tak joint coz x bawa seluar spare. Nanti kalu aku joint basah pulak seluar, so x best la basah kuyup.
Dah puas semua joint, bebudak balik ke sek tinggi batu pahat dengan berbasikal dan selamat sampai semuanya.. thank you so much

p/s: tarikh kat gambar tu salah sebab x set tarikh, sorri